Pages

banner test

asiafan

banner

Wednesday, September 26, 2012

Bantahan Book Of Records





Sebagai seorang Islam yang mengaku Nabi adalah Rasulullah, kita wajib mempertahankanagama kita daripada segala aspek. Cuma cara kita menunjuk rasa atau  kemarahan itu mungkin berbeza-beza. Bagi rakan-rakan dan sahabat kita yang dapat turut serta dalam demo membuat bantahan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara kita ucapkan tahniah dan syabas atas kehadiran anda.. Bagi yang tidak dapat hadir tunjukkan rasa marah anda dengan cara anda sendiri sekurang-kurangnya hati menolak dan membantah penghinaan tersebut.

Bagi pendapat saya, alangkah baik nya jika diaturkan bantahan tersebut serentak seluruh Negara tanpa mengira parti, bangsa dan kulit, sekalipun berbeza agama. Saya pasti agama lain juga mempunyai prinsip untuk menghormati agama  lain. Bantahan yang dimaksudkan adalah bantahan yang diaturkan oleh pihak kerajaan dan dikawal oleh polis dan tentera . Bantahan secara aman untuk membuktikan Negara Malaysia sebuah Negara yang diketuai pentadbirannya oleh Islam dan Melayu secara khususnya dan disokong oleh bangsa dan agama2 lain secara amnya.. Bantahan serentak seluruh Negara seperti yang dilakukan oleh kerajaan seperti Larian 1 Murid 1 Sukan , sambutan kemerdekaan dan sambutan Maulidur  Rasul. Wallahualam.. Sekadar pendapat dan renungan.

Berikut gambar-gambar yang dikumpul melalui saluran internet...









shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama

Tuesday, September 25, 2012

Proaspirasi Menang


ARKIB : 25/09/2012

Proaspirasi kuasai pilihan raya kampus UPM

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Keputusan tidak rasmi pilihan raya kampus Universiti Putera Malaysia (UPM) menyaksikan proaspirasi memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan.
Maklumat dalaman memberitahu bahawa Pro-A memenangi enam kerusi umum manakala promahasiswa hanya memenangi lima kerusi.
Bagi kerusi fakulti pula, proaspirasi memenangi 34 kerusi berbanding promahasiswa hanya memenangi dua kerusi.
Sementara itu, wakil proaspirasi, Khairul Hadzreen Khairruddin ketika dihubungi berkata, beliau belum dapat memberi jumlah kerusi yang dimenangi setakat ini kerana analisis hanya akan dibuat esok.
Manakala Ketua Promahasiswa, Tarmizi Anuwar mendakwa pihaknya hanya bertanding kerusi Umum dan telah memenangi tujuh daripada 11 kerusi diperuntukkan dengan calon mereka Ummu Habibah Ramli mendapat undi tertinggi iaitu 9,782.
Keputusan yang dikeluarkan malam ini adalah tidak rasmi dan esok bantahan dibuka dan pada 27 September, keputusan bantahan dibuat sebelum keputusan rasmi diumumkan pada 1 Oktober. - UTUSAN



sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120925/dn_36/Proaspirasi-kuasai-pilihan-raya-kampus-UPM

Monday, September 24, 2012

Lumba Lori Jam 11 Malam

Aku baru balik dari Sungai Besar..Mak aih..berlumba-lumba plak lori di jalanraya..seolah2 ada pertandingan lumba lori...lumba haram ka?hahahah...mentang2 aku naik keta kecik dari lori, aku dihimpit buat xtau ja..sakan diorang ni..kalau tak percaya sila lalu laluan kuala selangor - sungai besar - sabak bernam ...betul atau tak apa yang dikatakan..cuba guna laluan ni jam 11 malam ke atas...

Sekadar gambar hiasan
shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.

Perubatan Islam di bawah Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan bersetuju memasukkan amalan perubatan Islam di bawah Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 selepas perkara itu dipersetujui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Jabatan Agama Islam Negeri.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata notis pindaan menambah perubatan Islam dalam tafsiran rang undang-undang itu akan diberikan ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini. 
"Sebelum ini, kita tidak masukkan perubatan Islam kerana tidak mendapat persetujuan Jakim tetapi sekarang sudah dipersetujui bukan saja Jakim malah Jabatan Agama Islam negeri. 

"Selepas ini, pengamal perubatan Islam termasuk bomoh perlu mendaftar menerusi majlis yang akan ditubuhkan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau membentangkan Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Semalam, anggota parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang meminta kementerian itu mengambil kira perubatan Islam dalam rang undang-undang itu kerana perubatan moden dan Islam sama penting, di samping peningkatan pesakit yang beralih kepada kaedah perubatan Islam atau tradisional. 

Pengerusi Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Mohd Fauzi Mustaffa juga melahirkan kebimbangan terhadap kelangsungan amalan itu terhadap masa depan terutama bagi merawat penyakit serta kes sihir yang semakin berleluasa. 

Di bawah rang undang-undang itu, Liow berkata pihaknya dengan kerjasama Jakim akan memantau proses pendaftaran pengamal perubatan sama ada Islam, tradisional Melayu, Cina dan India di bawah satu majlis yang akan ditubuhkan. 

Katanya pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mengingkari arahan pendaftaran itu boleh dikenakan denda antara RM30,000 dan RM50,000 atau penjara dua tahun. 

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Menteri Kesihatan itu berkata hampir 15,000 pengamal perubatan tradisional dan komplementari tidak akan terlepas daripada tindakan tegas sekiranya didapati menipu dan melanggar undang-undang berkenaan. 

Dalam pada itu, beliau berkata berikutan perkembangan pesat perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia dan antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merangka strategi yang boleh digunakan dalam membangunkan perubatan tradisional dan komplementari di negara masing-masing. 

Katanya Kementerian Kesihatan juga telah melancarkan dasar kebangsaan dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari yang menyatakan bahawa perubatan itu akan wujud bersama dengan perubatan moden dan akan disepadukan dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan bagi meningkatkan kesejahteraan dan tahap kesihatan rakyat. 

"Di Malaysia, permintaan terhadap perubatan ini semakin meningkat dan berkembang pesat dan pada masa sama kementerian menerima banyak aduan dari semasa ke semasa berhubung perubatan ini selain sering digemparkan dengan pelbagai berita dan peristiwa melibatkan pengamal perubatan ini," katanya. 

Liow berkata rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Kompelementari 2012 digubal untuk memastikan amalan perubatan yang dijalankan di negara ini adalah selamat dan berkualiti untuk kesejahteraan rakyat. 

Setakat ini, 10 hospital kerajaan menjalankan program integrasi menawarkan perubatan moden bersama-sama dengan perubatan tradisional, iaitu Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang), Hospital Sultan Ismail (Johor Bahru), Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu), Hospital Duchess of Kent (Sandakan), Hospital Umum (Sarawak), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar), Hospital Port Dickson, Hospital Sultanah Hajah Kalsom (Cameron Highlands) dan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (Kota Bharu). - Bernama

sumber : 


shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama. 

Sunday, September 23, 2012

Mulianya Seorang Doktor


Sungguh hebat seorang DOKTOR yang betul2 mengikut kehendak Islam..Semoga kalian ditempatkan dikalangan orang yang beriman..tadi terjumpa website ISMA..Teruja nak tumpang apa ilmu yang disampaikan.. 


Doktor muslim: Di mana peranan kita?

“Aku tidak tahu satu yang lebih mulia selepas ilmu halal dan haram melainkan ilmu perubatan”
(Ar-risalah Imam Syafie, Muqaddimah Tahqiq.)

Sesungguhnya setiap perkara yang Allah jadikan itu mempunyai hikmah dan sebab yang secara totalnya hanya Allah yang mengetahui perjalanan hidup hamba-hamba-Nya. Allah mempunyai kuasa setiap sesuatu yang berlaku atas kejadian-Nya. Manusia tidak lari dari ditimpa penyakit kesihatan dan kerana penyakit-penyakit ini lahirlah ilmu perubatan yang menjadi tunggak kepada ikhtiar jalan penyelesaian kepada perkara ini.
Sudah tidak asing lagi bahawa Islam pernah satu ketika menjadi pelopor dalam ilmu perubatan di dunia, sehingga karya Az-Zahrawi dalam karya beliau mengenai pembedahan menjadi rujukan dunia selama 500 tahun. Begitu hebatnya tokoh-tokoh islam. Adakah Islam mampu sekali lagi menguasai ilmu perubatan ini. Tepuk dada tanyalah diri.

Tugas sebagai pengamal perubatan adalah besar dalam menjaga keturunan dan juga agama pesakit yang datang mendapatkan rawatan. Menjaga keturunan dan agama adalah termasuk dalam perkara dharuriyah khamsah. Kita lihat peranan ini ketika wanita melahirkan anak. Tanggungjawab ini perlu digalas oleh doktor perubatan dengan memastikan bahawa anak yang bakal lahir ke dunia ciptaan Allah ini mampu diselamatkan daripada bahaya.
Mengenai agama pula, ibadah pesakit merupakan satu perkara yang menjadi tanggungjawab pengamal perubatan dalam membantu mereka dalam menyempurnakan agama . Hal-hal mengenai solat terutamanya menjadi asas dalam penjagaan ibadah pesakit.  Dalam konsep bertawakal kepada Allah juga perlulah doktor-doktor menasihatkan kepada pesakit-pesakit agar sandaran kepada Allah itu diletakkan sepenuhnya.
shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama. 

Diserbu

Terbaca kat utusan tadi..pelacur diserbu..adoi.berapa ramai pelacur yg dok ada ni..lepas tangkap..tangkap lagi.. Berita Pelacur diserbu oleh DBKL ..dasat dasat.....Bila nak insaf ni ha.


shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.


Jadual SPM 2012


Berikut adalah jadual peperiksaan bagi SPM 2012 yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini. Mungkin ramai pelajar dah tak sabar nak menjawab soalan..dan tak ketinggalan utk guru2 nak setting date utk bercuti..so disini disertakan jadual peperiksaan SPM 2012 untuk panduan dan perancangan masa buat semua pelajar yang terlibat.

Sila layari Jadual Peperiksaan SPM 2012

http://www.moe.gov.my/lp/files/spm/2012/JW%20SPM%202012.pdf


SUMBER: : http://shafw4n.blogspot.com


shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.

Saturday, September 22, 2012

Borang Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013


Permohonan MRSM Tingkatan 4 2013 – Borang Permohonan Ke Maktab Rendah Sains Mara (MARA) boleh diisi secara Online mulai 1 Oktober 2012 hingga 19 Oktober 2012.
Syarat Kelayakan Masuk MRSM
  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2012.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2012
Syarat Kelayakan Memohon MRSM
  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Login Dapat Duit.. Percaya ke tidak ?

Jalan punya jalan.jumpa pulak website  ni..  http://www.loginwang.com/?a=gooogle  ..  Betul atau tidak..den tak berani nak kata apa..baru dua hari ja tgk.tp memang ada laa duit tu..tp nak cashout kan macam mana den tak tau.siapa yang pandai tu...komen2 la...ajar lah walaupun sikit.kongsi kan apa yang anda ada.heheh 

 http://www.loginwang.com/?a=gooogle
Betul atau tidak ? Percaya atau Tidak ?


Penyata Gaji Kakitangan Awam Malaysia September 2012

e-PenyataGaji & Laporan



Kemungkinan ramai kakitangan kerajaan tengah menunggu gaji bulan september ni.Gara - gara gaji masuk awal bulan lepas, kebanyakkan sudah inflasi tahap maksima..hahaha. Jika anda ingin Semak gaji sila lawati website akauntan  negara  

Petang tadi dah ada dah penyata gaji kakitangan awam malaysia untuk bulan September.Rasanya setiap bulan, rujukan ini akan menjadi bukti untuk anda membuat loan bank atau sebagainya..:) tahniah kepada yang naik pangkat.




Sistem Pertukaran Guru Secara Online ( EGtukar )

Cepat cikgu-cikgu..guru-guru isi borang pertukaran sekiranya berhajat..tarikh tutup 30 September 2012..dah tak lama dah surat persiaran boleh rujuk di http://apps.moe.gov.my/epgo/surat_siaran/SURAT%20SIARAN%20PERTUKARAN%20JANUARI%202013.pdf

Untuk mengisi borang pertukaran atau borang EGtukar , anda boleh melawat laman web http://apps.moe.gov.my/epgo/

Selamat mencuba..Betapa sengsaranya jika berjauhan daripada yang tersayang..

Friday, September 21, 2012

Denai Hati

Seminggu belajar.. belajar tanpa tokguru..ini la jadi nya..yang mudah jadi susah.. yang paham pun belum tentu betul.. Tapi dalam dunia internet ni..banyak tokguru2..yang menulis utk di belajar..jadi aku pun redah ja laa...tapi kalau ilmu agama..jangan dok main redah ja..kena berguru..xda guru,syaitan la yang menyesatkan kita ..fikir dan fikirkan lah

Punya la dok melawat  blog- blog.aku terjumpa blog melayu yang hebat ..hehe hebat la.sebab aku rasa mcm hebat..padahal aku rasa..banyak lagi hebat... tpi hentam ja la..tgk la apa yg patut.. http://denaihati.com/ ni macam2 ada..ada ilmu, ada berita..ada peluang duit..dan dan dan laa.tp aku minat slogan dia.. Hidup untuk memberi.. ya..masing2 kita berusaha untuk memberi..tangan memberi lebih baik daripada tangan meminta ataupun menerima.. yaaa. syabas DENAI HATI