Pages

banner test

asiafan

banner

Sunday, September 23, 2012

Mulianya Seorang Doktor


Sungguh hebat seorang DOKTOR yang betul2 mengikut kehendak Islam..Semoga kalian ditempatkan dikalangan orang yang beriman..tadi terjumpa website ISMA..Teruja nak tumpang apa ilmu yang disampaikan.. 


Doktor muslim: Di mana peranan kita?

“Aku tidak tahu satu yang lebih mulia selepas ilmu halal dan haram melainkan ilmu perubatan”
(Ar-risalah Imam Syafie, Muqaddimah Tahqiq.)

Sesungguhnya setiap perkara yang Allah jadikan itu mempunyai hikmah dan sebab yang secara totalnya hanya Allah yang mengetahui perjalanan hidup hamba-hamba-Nya. Allah mempunyai kuasa setiap sesuatu yang berlaku atas kejadian-Nya. Manusia tidak lari dari ditimpa penyakit kesihatan dan kerana penyakit-penyakit ini lahirlah ilmu perubatan yang menjadi tunggak kepada ikhtiar jalan penyelesaian kepada perkara ini.
Sudah tidak asing lagi bahawa Islam pernah satu ketika menjadi pelopor dalam ilmu perubatan di dunia, sehingga karya Az-Zahrawi dalam karya beliau mengenai pembedahan menjadi rujukan dunia selama 500 tahun. Begitu hebatnya tokoh-tokoh islam. Adakah Islam mampu sekali lagi menguasai ilmu perubatan ini. Tepuk dada tanyalah diri.

Tugas sebagai pengamal perubatan adalah besar dalam menjaga keturunan dan juga agama pesakit yang datang mendapatkan rawatan. Menjaga keturunan dan agama adalah termasuk dalam perkara dharuriyah khamsah. Kita lihat peranan ini ketika wanita melahirkan anak. Tanggungjawab ini perlu digalas oleh doktor perubatan dengan memastikan bahawa anak yang bakal lahir ke dunia ciptaan Allah ini mampu diselamatkan daripada bahaya.
Mengenai agama pula, ibadah pesakit merupakan satu perkara yang menjadi tanggungjawab pengamal perubatan dalam membantu mereka dalam menyempurnakan agama . Hal-hal mengenai solat terutamanya menjadi asas dalam penjagaan ibadah pesakit.  Dalam konsep bertawakal kepada Allah juga perlulah doktor-doktor menasihatkan kepada pesakit-pesakit agar sandaran kepada Allah itu diletakkan sepenuhnya.
shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama. 

Peranan inilah yang menjadikan betapa pentingnya tanggungjawab doktor muslim dalam masyarakat demi menjadikan agama islam ini sebagai cara hidup yang efektif. Besar tanggungjawab seorang doktor itu dalam menjaga agama Allah.
Ibnu Abbas berkata :
”Pada suatu hari, aku di belakang (dibonceng) Nabi SAW. Beliau bersabda :”Hai anak muda, aku ajarkan kepadamu beberapa Kalimat : Jagalah (agama) Allah, niscaya Allah akan menjagamu, jagalah (agama) Allah, niscaya Allah selalu bersamamu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah. Jika kamu memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, jika seluruh manusia berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditulis Allah untukmu. Jika mereka berkumpul untuk memberikan madharat kepadamu, maka mereka tidak akan bisa memberikan madharat, kecuali yang telah ditulis Allah untukmu. Pena telah diangkat dan lembarannya telah kering” (HR Tirmizi)

Doktor adalah golongan profesional yang menjadi harapan buat masyarakat dalam menguruskan kesihatan mereka . Pengamal perubatan harus sedar akan tanggung jawab yang diamanahkan.
Jika sebelum ini Hippocratic Oath telah dibuat bagi menjaga adab-adab pengamal perubatan, namun sebagai doktor muslim kita wajib meletakkan niat sepenuh amal kita ini kerana Allah.
Dengan ini wujudnya ikrar pengamal perubatan yang dibuat oleh “Islamic  Medical Association (IMA) yang diambil daripada tulisan Physicians of Islamic world”
Ikrar  pengamal perubatan Islam
Saya bersumpah demi Allah Yang Maha Agung;
Untuk menyedari tentang pengawasan Allah dalam melaksanakan tugas saya;
Untuk melindungi nyawa manusia di semua peringkat dan dalam semua keadaan, berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka daripada maut, penyakit, kesakitan dan kebimbangan;
Untuk menjaga kehormatan manusia, melindungi aurat mereka dan menyimpan rahsia mereka;
Untuk menjadi wasilah kerahmatan Allah s.w.t, menghulurkan rawatan perubatan kepada mereka yang dekat dan jauh, yang salih dan yang berdosa seta kepada kawan dan lawan;
Untuk berusaha mencari ilmu dan menggunakannya bagi kemanfaatan dan bukan kebinasaan manusia;
Untuk memuliakan guru saya, mengajar mereka yang lebih muda daripada saya dan menjadi saudara kepada semua rakan dalam profesion perubatan, bekerjasama dalam kebaikan dan ketaqwaan;
Untuk menghidupkan keimanan saya dalam keadaan rahsia dan keadaan nyata,mengelakkan apa-apa yang boleh mencacatkan saya pada pandangan Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman;
Dan semoga Allah menjadi saksi atas sumpah ini.
Sebagai mahasiswa yang berperanan besar dalam nasib masyarakat pada masa akan datang, kita seharusnya sedar akan tanggungjawab dan peranan kita. Sebelum kita berdepan dengan masyarakat yang meletakkan harapan tinggi kepada kita, kita terlebih dahulu memperbetulkan niat kita dalam medan ini dan cuba menjadi pelajar yang terbaik dalam melaksanakan tugasan kita seharian.
Kita juga hendaklah menyiapkan diri kita agar mengetahui serba sedikit dalam fikah pesakit agar syariat Allah itu menjadi nilaian utama dalam kita membuat keputusan dalam merawat pesakit kelak.
Kita seharusnya berusaha untuk memberikan yang terbaik agar medan ini menjadi bukti dan amal buat kita untuk berhadapan dengan Allah dan usaha yang kita lakukan ini tidak sia-sia.
“Dan bagi setiap seorang darjat-darjat mengikut apa yang mereka usahakan dan Allah pasti akan memberi ganjaran atas amal-amal mereka dan mereka tidak akan dizalimi.” (Al-Ahqaf : 19)
Ayuh, persiapkan diri dalam medan amal ini mahasiswa sekalian!

Muhammad Faiq Nabil bin Ramli
Tahun 4, Perubatan
Jordan Universiti of Science dan Technology (JUST)
Sumber: Laman Web ISMA Jordan

http://www.ismaweb.net/v4/2011/12/doktor-muslim-di-mana-peranan-kita/

shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.


No comments:

Post a Comment