Pages

banner test

asiafan

banner

Wednesday, September 26, 2012

Bantahan Book Of Records





Sebagai seorang Islam yang mengaku Nabi adalah Rasulullah, kita wajib mempertahankanagama kita daripada segala aspek. Cuma cara kita menunjuk rasa atau  kemarahan itu mungkin berbeza-beza. Bagi rakan-rakan dan sahabat kita yang dapat turut serta dalam demo membuat bantahan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara kita ucapkan tahniah dan syabas atas kehadiran anda.. Bagi yang tidak dapat hadir tunjukkan rasa marah anda dengan cara anda sendiri sekurang-kurangnya hati menolak dan membantah penghinaan tersebut.

Bagi pendapat saya, alangkah baik nya jika diaturkan bantahan tersebut serentak seluruh Negara tanpa mengira parti, bangsa dan kulit, sekalipun berbeza agama. Saya pasti agama lain juga mempunyai prinsip untuk menghormati agama  lain. Bantahan yang dimaksudkan adalah bantahan yang diaturkan oleh pihak kerajaan dan dikawal oleh polis dan tentera . Bantahan secara aman untuk membuktikan Negara Malaysia sebuah Negara yang diketuai pentadbirannya oleh Islam dan Melayu secara khususnya dan disokong oleh bangsa dan agama2 lain secara amnya.. Bantahan serentak seluruh Negara seperti yang dilakukan oleh kerajaan seperti Larian 1 Murid 1 Sukan , sambutan kemerdekaan dan sambutan Maulidur  Rasul. Wallahualam.. Sekadar pendapat dan renungan.

Berikut gambar-gambar yang dikumpul melalui saluran internet...









shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama

No comments:

Post a Comment